Saturday, September 29, 2012

Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2012 (Feskum '12)



ASSALAMUALAIKUM N SELAMAT PETANG



walaupun da lame tak update blog ni 
tapi
tak bermakna blog ni da mati kan


hari ini
selaku salah sorang AJK Publisiti 
aku nak promote salah satu event mega yang akan berlangsung sepanjang minggu depan
nama event tu iaaalaaah

 
 
FESKUM '12 merupakan satu pesta untuk meraikan bakal para graduan serta platform untuk mahasiswa UM merayakan pelbagai program dan aktiviti yang menarik.

Antara event yang ada :
6) UM Cares
 


Semua penduduk Msia dijemput hadir
tak kira tua ke muda
ataupun student um ke tak
penganggur pon bole datang


::WASSALAM::




Tuesday, August 28, 2012

KATA-KATA HIKMAH SAMY VELLU

KATA-KATA HIKMAH SAMY VELLU
Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

 
 
 
 
 

p/s-semuanya dicopy sebulat suara dari FB..this is only a joke..why so serious.
 
 
~SEKIAN
 
 


Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya.!.!.!



Assalamualaikum n selamat malam semua


malam raya ni taknak post panjang berjela
bukan ada orang nak baca karangan aku kan
da sure2 sume orang sibuk buat preparation untuk esok kan


so
cume nak wish
SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 




 
::WASSALAM::


Wednesday, August 15, 2012

Jadual Masa Penggunaan Lebuhraya Utara Selatan



Assalamualaikum n selamat petang



kat sini ada something untuk dishare
untuk sesape yang plan untuk pulang ke kampung masing2
dengan melalui Lebuhraya Utara Selatan


aku baru jumpa jadual ni tadi
rasenya da lame kot jadual ni cuma aku baru perasan
hahaha
nah tengok la




nampak clear tak.?
kalo tak clear save dulu pic ni pastu tengok kemudian


so
plan la perjalanan balik kampung 
supaya takde la stuck dalam jam berjam2 kan
aku pun nak balik raya johor tahun ni
so kena take note jugak la dengan benda camni kan



::CHOWW::


Sunday, August 12, 2012

kemalasan untuk menulis.!!



Assalamualaikum n selamat petang semua



setelah berkurun lama ku biarkan blog ini menyepi
kini insyaallah akan ku teruskan untuk menulis macam dulu kala
bukan niat dihati untuk meninggalkan blog ini
tapi
masalah internet yang membuatkan aku lama tak online
hahahaha


so
macam biasa takde pape yang nak distory
sekarang pon da msuk 10 terakhir ramadhan
rajin2kan lah diri kita ni buat ibadat
bukan selalu kan jumpa ramadhan ni
maybe tahun depan tak sempat jumpa ke
aishh..insyaallah kalo ada  rezeki jumpa la lagi bulan puasa next year kan


rasanya tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat berpuasa
kepada semua umat islam di atas muka bumi ni
haaa
actually last year aku ada dapat beberapa kad raya dari blogger
niat dihati nak hantar kad raya kat blogger yang lain tahun ni
tapi hajatku tidak kesampaian
atas sebab takde masa sibuk sangat dok mengepam minyak
takpe la
kalau ada kelapangan tahun depan aku send kad raya kat rerakan blogger
barulah meriah ye dak


honestly
aku rasa raya sekarang kurang meriah 
sebab
kurangya aktiviti menghantar kad raya kat kengkawan n sedara mara
semua lebih prefer sms or e-kad raya
yang akan lebih senang untuk di-ter-delete-kan
tak macam kad raya
bole tahan lama kalo disimpan dengan elok
kan kan??


haaa
ni gambar salah satu kad raya yang rakan blogger bagi
tak tau la tuan yang menghantar ingat lagi ke tak





sori gambar tak bape nak clear sangat
dapat baca tak ape die tulis
takyah baca pun takpe


tu je la
kbye


::WASSALAM::

 

Sunday, July 1, 2012

hampa


dont have much to story
just recently i felt like ive been betrayed by my own friends
hahah
its so dumb of myself
who bet for it
maaf tetibe cakap english


yup
semalam aku rasa macam orang sengal yang percaya cakap member
waktu sebelum dapat result cakap berapi api
"nanti ak follow ko skali" la ''ak da malas dok dalam" la
pe la tu la, ni la kedeboom kedebaam
tup tup lepas kluar result laen pulak citenye
haih

taktau la nak cakap camne lg
tak kisahla
masing2 pn da buat keputusan kan
sume da matured kan bole pikir sendiri


but 
honestly
aku hampa ngan perangai korang
hahahaha
pape hal pon hidup mesti diteruskan
degree pn mesti ditamatkan tak kira kita dok mane pn


::CHOWW::

 

Tuesday, June 19, 2012

Best Quotes For Ruggers.



Assalamualaikum n selamat petang


" i play rugby and football, and being a defender in football it seriously annoys me when i flick a guy and he rolls on the floor screaming for 5 minutes, whereas in rugby, 30 players batter shit out of eachother and they get straight back up and carry on playing, thats why there is more respect in rugby :)"- anonymous

Brian O’Driscoll and Ronan O’Gara










p/s:aku da merdeka(baru abis exam).bole la selalu update lepas ni






::CHOWW::







Thursday, June 7, 2012

Best Goal Celebrations.





Assalamualaikum and selamat pagi



sementara dok lunch tu jom la layan video yang ak baru jumpe ni
sumpah lawak celebration gol die wa cakap sama lu

enjoy :)









::WASSALAM::


Tuesday, June 5, 2012

Chevrolet Impala 1967




This is my dream car

look old 

but for me its 

old skool

and

some more i love muscle car

very rare in Malaysia

hope can owned it one day












:WASSALAM::



Monday, June 4, 2012

Sunday, June 3, 2012

Spare your 5 min to watch this video




Assalamualaikum n morning


nothing much to share in this post
just found out new video
about our universe 
really amazing video for me


enjoy it :)





p/s : tngah minggu exam skarang so takde masa nak update..XD



::CHOWW::


Thursday, May 31, 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012




Assalamualaikum dan selamat petang



aku baru jumpa something yang aku rasa perlu dishare terutamanya utk yang kaki on9 macam aku ni
1st of all
entri kredit to : amanz.my


Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok 

– 1 Jun 2012

 

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.


Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.


Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.


Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.


so,konklusinya semua pengguna internet perlulah berwaspada n pandai2 la jaga diri tu bila berada kat alam maya ni





sumber asal : the star, the sun



::WASSALAM::



 

Wednesday, May 30, 2012

Kisah Ustaz Azhar Idrus



Assalamualaikum n selamat petang



di petang yang indah ini mahulah aku share something dengan readers sekalian
sekali tengok tajuk da tau kan pasal pe
so
sebagai salah seorang peminat Ustaz Azhar Idrus
aku nak share kisah dia yang 
aku terjumpa dekat fb baru sat ni
rasanya da lame cite ni tapi baru aku baru tau
hahahah
 enjoy it

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
 
sumber asal : https://www.facebook.com/Ustazazharidrus
 
::WASSALAM::
 
 

Friday, May 25, 2012

Review Samsung Galaxy SIII




Assalamualaikum and selamat petang



tadi terjumpa satu video pasal gadget terbaru keluaran samsung
iaitu Samsung Galaxy SIII




ni videonya





tak tau asal mana datang video ni
tapi yang aku jumpa kat fb



::CHOWW::  


Thursday, May 24, 2012

A Pic To be Remembered : Zaman MRSM




Assalamualaikum and selamat petang



recently aku asyik terkenangkan kehidupan waktu kat asrama dulu
sebelum ni aku sekolah kat MRSM Terendak melaka
antara sekolah yang aku rasa peacefull sebab jauh dari bandar dan bunyi bising
cuma kena tahan sikit la ngan perangai si monyet sebab da nam pun sekolah dalam hutan kan
HaHaHaHa



rasa rindu kat kawan lama pun ada jugak
terutamanya yang jarang2 skali nak jumpe
yang lelaki mahupun yang perempuan
lepas geledah pic kat laptop ni terjumpa gambar2 lama waktu sekolah dulu
saja nak share kat sini
HeHeHeHe


ni waktu 1st time blaja maen ragbi



ni mestilah waktu hari sukan



yang ni waktu majlis solat hajat n doa restu waktu f3 rasanya la



ni waktu kem pe ntah ngan askar



tu je nak share


::WASSALAM::


Wednesday, May 23, 2012

Nikon EOS D70




Assalamualaikum n selamat petang


taknak cakap banyak
cuma nak share 1 video pasal kamera nikon D70 ni
aku agak impressed dengan ketahanan die





enjoy watching



::CHOWW::


A memory to be treasured 2 : Sungai Sendat




Assalamualaikum n selamat malam semua



jam sekarang menunjukkan sudah pukul 2:35 pagi 
dan aku tak tido lagi
hmmm
tak lama lagi memang jadi macam perangai burung hantu da
sebab exam da dekat
so terpaksa la berkorban masa sikit untuk buat ulang kaji ye dak
HaHaHaHa



okeh
kali ni nak story pasal Sg. Sendat pulak


haaa
nama sungai tu diambil bukan sebab ad perempuan pakai pakaian sendat mandi kat situ ea
sebab asal aku pun tak tau..so,sape yang berminat nak kaji pasal nama dia pegi la kaji


ok
bermula lah cerita aku dan rerakan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Uni Malaya (PSSCMUM)
kitorang plan nak buat bbq kat situ sambil bermandi manda
alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancar walaupun ada sesetengah benda yang di-plan tapi tak menjadi
tapi
aku malas nak bebel panjang
so aku bercerita melalui gambar je la ea
kalo cite lebih bukan korang percaya pun kalo takde bukti gambar kan


bekalan ayam untuk bbq

banyak ke ayam 2 untuk 30orang makan.??

aku sampai lambat so taktau pe jadi mula2


abg wan zul cuba meng-adjust arang
 

asyik laki je..turn perempuan pulak


hmm..nampak sedaap je kan..HaHaHa


aku agak bernasib baik untuk picnic kali ni sebab sampai lewat
so,bile sampai je bnyak ayam + sosej + udang yang ready to eat
so bantai je la
HaHaHa


hutan yang menghijau..La~La~La


oh ye lupa nak letak gambar air terjunnya
nah


tadaa~ ~ lawa tak

cuba tengok arrow tu


haaa
nampak anak panah yang warna merah tu.?
kat situ kite boleh menggelongsor ke bawah
takyah risau takut bucu2 batu yang tajam sebab batu kat situ smoooooth je
HaHaHaHa


 ::WASSALAM::



Monday, May 21, 2012

Sabah — land of unusual names




Assalamualaikum and selamat petang semua



bile petang2 camni terbayang pulak pisang goreng yang selalu masak kalau kat rumah..tapi sekarang bukan kat rumah..HuHuHu..T_T..hujung minggu ni nak balik la..HaHaHa


maaf sebab terbawak2 goreng pisang tadi..actually balik kelas tadi singgah kedai untuk beli roti..pastu ternampak paper Star..pe berita yang berjaya menarik perhatian aku kali ni.??mesti la tajuk berita tu sama ngan tajuk entri kali ni..


SABAH - LAND OF UNUSUAL NAMES

haa..camtu la bunyi tajuk berita yang aku baca tadi..so,aku pun usha2 pe isi berita tu..kan sekarang ni da dekat ngan musim pilihanraya kan,,so ramai rakyat M'sia yang baru nak mendaftar sebagai pengundi,tak ketinggalan jugak la mereka yang duduk dekat sabah ni.


antara nama yang berdaftar ialah Tigabelas, Ponyrace, Timun dan sebagainya..seriously aku agak tergelak bila baca nama diorang ni..niat dihati bukan nak kutuk ea..sebab ada ja kawan sabah aku yang nama elok2..cume minoriti je yang nama laen sikit..


nah tengok snapshot paper ari ni..




haaa..amacam.?caya tak..tapi sambungan berita dia..bukan saje kat sabah tapi kat johor pun ada nama yang pelik2 ni contohnya yang ini..
sedutan paper:

“Most people do not take me seriously when I tell them my name is really S and that it is not a nickname or a shortened name. They don't believe it until I show them my MyKad,” said the full-time architecture student currently pursuing her studies at Yayasan Pelajaran Johor.


sumber: the Star


tapi berdasarkan kajian yang aku buat tentang orang asli suku Bateq kat Taman Negara Pahang..nama2 camni dah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kat situ..mereka menamakan nama anak mereka sempena kejadian waktu bayi tu dilahirkan ataupun tempat bayi tu dilahirkan..


ni benda betul ea..kali ni tak tipu..HaHaHa..tapi kalau nak diikutkan unik jugak nama diorang ni kan..kbye



::WASSALAM::








 

Thursday, May 17, 2012

cerita orang sakit



Assalamualaikum and selamat pagi!!!



takde benda sangat pon nak story kali ni 
cuma nak share something yang maybe dapat menceriakan pagi korang semua
100% di-copy dari Gempak.org




Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: "United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.


Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."


Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"






::SEKIAN::


 

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum n salam sejahtera readers



yup
seperti yang semua rakyat M`sia sedia maklum 
tanggal 16 Mei
adalah hari penghargaan untuk guru2 di M'sia


so 
untuk entri kali ni aku nak share satu video yang best bagi aku
dan
ditujukan khas untuk semua guru di M'sia
terutamanya guru/cikgu yang pernah mengajar daku 
samada di tadika (Tadika Perpaduan)
di sekolah rendah (Sek Keb Pekan 1 n Sek Keb Teluk Air Tawar)
di sekolah menengah (MRSM Terendak)
di matrikulasi (Matrikulasi Perak)
mahupun di universiti (Universiti Malaya)





::WASSALAM::



Monday, May 14, 2012

A memory to be treasured : Pangkor



Assalamualaikum n selamat pagi readers


lately aku agak sibuk ngan assignment yang melambak
ditambah lagi ngan masalah2 lain yang tetiba timbul ntah dari mana


jadi, sejurus dengan itu aku pun ambil keputusan untuk join member aku ke pangkor
mula2 plan nak balik kg weekend lepas tapi cancel
i prefer lepak-ing kat pangkor 
hahahaha
bukan sebab tak suka balik rumah 
tapi
peluang bercuti free ni jangan disia-siakn ye tak



so me and my frens bermalam kat pangkor selama 2 hari 1 malam
actually pergi ni under program kolej
so aku pun menyelit je lah 
dengan niat mengambil kesempatan 
HaHaHaHa


so untuk entri kali ni aku nak citekan experience aku dalam bentuk visual
sebab kalo aku buat karangan ada yang tertido waktu baca entri aku ni kan

enjoy the pic


ni waktu atas feri/bot..bertolak dari jeti marina



pangkor..berlatarbelakangkan kg nelayan


berfutsal ngan budak kg kat situ


bersiar-siar di tepi pantai


bajet cover novel


anak sapo la ni..HaHaHa


bersukaneka dengan kekanak


mumia tidu tandas..HaHaHa


terpaksa join sebab nak cukupkan peserta

singgah sebelum balik


tertembung ngan UKM waktu otw balik


tu je la aku nak cite kali ni
have a nice day


::WASSALAM::






Sunday, April 29, 2012

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W tentang tidur



Assalamualaikum n selamat malam



sebelum tido ni aku nak share something 
100% dicilok dari FB
bacalah ckit kalau ada masa





1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.


3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.


5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang.


6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.


7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.


8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Peringatan:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain

::SEKIAN::
::WASSALAM::


Saturday, April 28, 2012

Aku Dan Kamu




Assalamualaikum n selamat err..pagi.?


hahah
lately aku agak busy ngan assignment yang bertimbun
bertimbun bukan sebab aku tangguh ye
tapi da memang lecturer suka bagi bnyak keja nak buat macam mana kan
 hohoho
so terpaksa la buat walaupun hati katakan NoNoNo


tapi untuk entri kali ni aku taknak la nak ulas 
pasal Bersih 3.0
ataupun filem Avengers yang tengah meletup sekarang ni(yang ni aku update next week)
 tapi just nak share satu lagu yang aku suka dengar since kecik lagi
ni ak masukkan skali video and lirik untuk tatapan sume
Tajuk : Aku dan kamu
Artis : Flop Poppy








Lirik : 


Kau masih cantik seperti dulu
Saat bersama kujumpa dengan mu
Terasa ingin ku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka

Jangan ditunggu
Pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya



::SEKIAN::