Assalamualaikum dan selamat petang
aku baru jumpa something yang aku rasa perlu dishare terutamanya utk yang kaki on9 macam aku ni
1st of all
entri kredit to : amanz.my
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok
– 1 Jun 2012
Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan
Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih
bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah
pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal
dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia
menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian
ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna
menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack
akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka
anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang
dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang
memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara
menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang
bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya,
maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
- Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
- Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
- Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
- …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan
perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah
lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh
menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
so,konklusinya semua pengguna internet perlulah berwaspada n pandai2 la jaga diri tu bila berada kat alam maya ni
::WASSALAM::
2 comments:
huh,,,macam tu pulak..?
@Azee Hana hmm..yela kot..ni bedasarkn sumber yg bole dipercayai..hahaha
Post a Comment