Assalamualaikum n selamat malam
sebelum tido ni aku nak share something
100% dicilok dari FB
bacalah ckit kalau ada masa
1.
Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang
mengamalkannya.
2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.
3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada
ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih
Fatimah?
Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke
seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.
5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga
dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut
sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan
buatan orang.
6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.
7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.
8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki.
Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan
menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain
::SEKIAN::
::WASSALAM::
No comments:
Post a Comment