Sunday, April 29, 2012

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W tentang tidur



Assalamualaikum n selamat malam



sebelum tido ni aku nak share something 
100% dicilok dari FB
bacalah ckit kalau ada masa





1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.


3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.


5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang.


6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.


7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.


8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Peringatan:

Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain

::SEKIAN::
::WASSALAM::


Saturday, April 28, 2012

Aku Dan Kamu




Assalamualaikum n selamat err..pagi.?


hahah
lately aku agak busy ngan assignment yang bertimbun
bertimbun bukan sebab aku tangguh ye
tapi da memang lecturer suka bagi bnyak keja nak buat macam mana kan
 hohoho
so terpaksa la buat walaupun hati katakan NoNoNo


tapi untuk entri kali ni aku taknak la nak ulas 
pasal Bersih 3.0
ataupun filem Avengers yang tengah meletup sekarang ni(yang ni aku update next week)
 tapi just nak share satu lagu yang aku suka dengar since kecik lagi
ni ak masukkan skali video and lirik untuk tatapan sume
Tajuk : Aku dan kamu
Artis : Flop Poppy








Lirik : 


Kau masih cantik seperti dulu
Saat bersama kujumpa dengan mu
Terasa ingin ku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka

Jangan ditunggu
Pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya



::SEKIAN::




Monday, April 23, 2012

teknologi yang memisahkan

Assalamualaikum and selamat petang
perasan atau tidak yang kehidupan kita ni makin lama semakin terasing dengan orang sekeliling
 semakin kurang kita berinteraksi dengan family n rakan2
aku baru jumpa satu video 
yang terbaik
and yang agak sesuai dengan keadaan sekarang
sila la tengok dulu


haaa
pe komen korang lepas tengok ni
adakah video ni cite pasal realiti keadaan sekarang or die punye assumption je
aku sangat setuju ngan video ni
cubelah kite tengok sekeliling
terutamanya di kawasan bandar
bole dikatakan ramai orang yang memiliki fon yang ad internet
ditambah pulak ngan gajet2 macam ipad yang bolehkn orang online kat mana2 diorang suka
pada konsep asal internet dicipta untuk menghubungkan yang jauh dan yang dekat
tapi apa yang terjadi sekarang
ialah

Yang jauh dieratkan,yang dekat direnggangkan

 orang sekarang(bukan semua) lagi utamakan fon,ipad dan gajet laen untuk berhubung
dan dalam tidak perasan  mereka mungkin mengabaikan tanggungjawab 
kepada orang2 yang dekat dengan mereka


aku bukan nak cakap yang teknologi ni salah
cuma
ingat satu benda je
kita cipta teknologi ni 
so sepatutnya kita yang mengawalnya
bukannya akhir nanti kita yang dikawal oleh teknologi tu sendiri


::WASSALAM::


Tuesday, April 17, 2012

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC















Assalamualaikum n petang readers



sebenarnye takde idea nak tulis ape 
tapi tadi terjumpa something yang menarik untuk dishare
100% dari facebook ea


ohh..ni bukan lukisan aku..haha



Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang tel...inga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..


haaa
aku tau sume malas nak baca panjang berjela kn
meh aku summarize ckit


1. dekat blakang telinga ada urat saraf(facial nerve) yg bertanggungjawap untuk senyum,gelak and riak muka kita.
2. untuk perempuan,urat ni lebih senang terdedah kalau tak pakai tudung
3. ex: waktu sejuk urat saraf tu akan mengecut
4. long term effect: tona muka akan kelihatan kurang ceria keran kegagalan urat tu berfungsi dengan baik



::SEKIAN::
::WASSALAM::


Tiramisu My Love



Oh Tiramisu
setelah lama kau kukempunan
akhirnya berjaya jugak kau masuk dalam mulut aku tadi


hehehe
saja nak habaq yang cek baru makan tiramisu
niat dihati bukan untuk menunjuk ea
tapi saja nak share cerita
hahahaahha


actually da lame da teringin
bulan lepas pegi Secret Recipe nak cari kek tu tapi da abis pulak
setelah menangguhkan niat tu selama sebulan
akhirnya
baru sat tadi
cek berjaya beli
hoho
ni pic dia


hmm..tak elok biar lama2..kena makan cepat






cek makan dalu ea
nyum nyum*dengan gaya lelaki gagah yang sedang makan kek*





p/s:sori tetibe cakap utara ckit..lama tak speaking utara..haha


::WASSALAM::


Monday, April 16, 2012

P



Assalamualaikum and selamat pagi


seperti biasa aku akan update waktu orang sume tengah tido
hohohoho

kali ni aku copy je dari forum gempak.org
sebab malas nak pikir idea + assignment banyak
terimalah...P

. . .
. . .
. . .
. . .
. . .





. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .
. . .


Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. ...Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat.



Friday, April 13, 2012

Who`s the real terrorist



Assalamualaikum and evening sume


just nak share 1 video ni
renung2kan la dan selamat beramal





::WASSALAM::


Thursday, April 12, 2012

Review Filem Battleship 2012 . .



Assalamualaikum n selamat pagi semua


hmm
seperti biasa aku akan menulis entri pepagi buta camni supaya takde orang bace
hahahaahah
ok kali ni nak cite sikit pasal movie BATTLESHIP 


kenapakah daku tetibe tulis review pasal filem ni
???
sebabnya dikala daku menulis entri ni
daku baru sahaja habis menonton midnight movie cite Battleship ni


 Ok
cite ni asal diilhamkan dari permainan Battleship keluaran Hasbro


Sinopsis:

Satu armada tentera US telah dipaksa berperang dgn armada of unknown origins bagi meghalang niat mereka utk menghapuskan planet Bumi.


Komen aku:

Cite ni sangat agak boleh tahan menariknya bukan nak promote .  Starting cite ni agak slow sikit tapi bile da masuk tengah2 tu da mula ngan aksi2 yang style(bagi aku la). Sume rerakan readers digalakkan tengok.


Kemenarikan filem ni:

1. Rihanna ada belakon skali
2. Alien die agak futuristik(ala2 Transformer)
3. Taktik perang yg style
4. Costume alien die ala2 soldier dalam game HALO


alien die pakai armor lebih kurang cam game ni tp takde pistol la


Rating aku: 9/10

nah aku bagi link trailer





 hmm
tu je la aku nak cite
sekian


::WASSALAM::

 






 

Wednesday, April 11, 2012

Magnitude 8.7 - OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA



Assalamualaikum n slamat petang sume



Magnitude 8.7 - OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA

 

baru kejap tadi seluruh malaysia digemparkan ngan gempa bumi kecil

so ramai la yg berpusu-pusu post kat fb dan blog masing

aku pon same la

hihi

 kalau ikut yang aku bace gempa bumi ni dikesan kat indonesia

kirenya da ddekat la ngan malaysia 2

ade yang cakap 8.7,,ade jugak yang cakap 8.9

kalo ikut link yang aku bace ni die cakap 8.7

 

 

tak kisah la berapa pun

yang penting keadaan camni agak bahaya

tsunami pon diramalkan akan terjadi

so beware la masing2 ye

jngan ingat gegar kat indonesia kita tak kena ea

maybe akan melanda M`sia jugak

doa la banyak2 agar dijauhkan malapetaka camni

 

AMEEN

 

 

Tuesday, April 10, 2012

kenapa mesti begini.??



Assalamualaikum n selamat malam



ntah nape la aku ni tetibe je update pagi2 buta ni kan
da sure2 takde orang nak bace kan
takpe la ak memang suka baca pe yang aku tulis


kenapa mesti begini.??




situasi yang slalu terjadi kat ramai orang termasuk la aku skali
lepas komen or texting or chatting 2 mesti ad
haha..hihi..huhu..hoho
dan macam2 jenis gelak digital lagi la
tapi secara hakikatnya kita tak gelak langsung walaupun kite tulis hahahah 2 kan
kadang2 tu tak berniat pon nak tulis hahahihihuhu 2 tapi jari 2 mcam da ter`automatik


dan kini terdapat gelak yang terbaru
iaitu

HEW..HEW

apakah.????
 
aku pon tak boleh byangkan macam mane reaksi orang yang cakap hew hew tu
nak pronounce word tu pon tak reti
macam2 perkataan generasi baru skarang
haih
hahahahhaha(yang ni aku gelak betul)





::SEKIAN::