Wednesday, March 13, 2013

Bangsar Memang Ramai Penyamun Ke.??




Assalamualaikum n selamat petang readers



walaupun tengah ribut + hujan lebat kat luar sekarang but aku still nak tulis entri ni jugak sebab ada something yang penting aku nak share.haa,ni bukan nak buat provokasi ke apa tapi ni yang jadi kat aku malam tadi.


orait.straight to the point malam tadi lepas pergi lepak makan beger bakar kat uptown Damansara. 





btw,burger bakar dia memang terbaik + memuaskan.,heheh.ok back to the story line.waktu otw balik lalu highway NKVE pastu keluar kat Bangsar..kalau sesapa familiar ngan Bangsar ni mesti korang tau yang bila malam tempat ni sangat2 kurang kenderaan yang lalu lalang terutamanya kat taman perumahan n Hospital Pantai.


usha2 jam rupanya nak dekat pukul 1 pagi..bajet2 nak sampai rumah nak terus tido sebab ada kelas esok.masa lalu jalan kat sekitar taman perumahan kat Bangsar tu (aku tak ingat nama taman tu) memang sebijik kereta or moto pun takde.


pastu kitorang buat rilek continue je..sampai satu part dekat ngan Hospital Pantai (kalau tak silap) baru perasan ada dua bijik moto yang follow laju belakang kitorang..masa tu aku ngan kawan aku sorang je naik motor skali.




salah satu motor tu catch up pastu slowkan motor ikut speed kitorang..waktu brader yang follow tu kat sebelah,dia macam usha semacam..yang sorang lagi dok follow kat belakang.


Kedudukan malam tu,n menghala arah anak panah merah


nak dekat simpang 3 tu kitorg nak belok kanan tapi die tak bagi laluan..dia just follow kat belah kiri kitorg rapat2 sambil tengok pelik berkali-kali...nak belok kiri pun da susah..pastu rasa tak sedap hati + semacam sikit..lampu kat depan tu pun merah.nanti tak pasal2 kena stop kat situ..so,kawan aku terus langgar lampu merah,potong dia n terus pecut ke kiri..


waktu pecut tu memang da tak pikir apa da la walaupun diorg tak sempat bertindak or nak buat pape..da agak jauh sikit tu nampak diorang stop kat trafic light pastu macam bersembang2 (2 motor tu). tak sampai seminit pastu 2 org tadi ikut kitorang belok kiri gak.nasib baik kitorang da jauh n sempat masuk simpang lain.


btw,takde pape hal samunan or rompakan yang jadi malam tadi just nak bagitau yang beware lah bila kluar malam kat tempat2 sunyi macam tu..mesti korang ingat aku menggelabah tak tentu pasal kan tapi kita kn kadang2 dapat rasa something bila orang nak buat benda tak elok or aniaya kita..mingkin tu cara Allah nak tunjuk kat kita apa orang tu mungkin buat or mungkin tak buat.


so,aku terfikir la macam mana kalau 2 orang tu memang perompak..rasanya taktik rompakan yang diorang guna maybe macam sekat kitorang kat traffic light merah tu n sorang lagi akan dok blah kanan pulak.means kanan n kiri kita ada orang jahat n seterusnya ugut kluarkan duit..hmm..bole jadi jugak kan..pape pun alhamdulillah sebab tak jadi pape yang tak diingini.





p/s: kalo malam2 balik naik moto rasa kena follow terus pecut je.takyah nak tengok belakang lagi.


::WASSALAM::





Sunday, March 10, 2013

It`s so me.



Assalamualaikum n evening



hari ini hari isnin..hari isnin lepas hari ahad..hari ahad lepas hari sabtu..tetiba teringat waktu belajar buat ayat kecik2 dulu.kalo bole 1 ayat ada 4- 5 patah perkataan je..kalo 1 ayat tu bole lebih 10 perkataan da bole kira terer la tu.ahahah



nothing to share much..aku ada kelas pagi tadi..sampai tengahari..bla bla bla..BUT..yang seronoknya hari isnin ni sebab petang takde kelas.so kalo ikut jadual biasa bole la membuta kan tapi petang ni ada hal nak diuruskan and semuanya berkaitan ngan dompet aku yang hilang..yes..DOMPET AKU KENA KEBAS.!




well,tak boleh nak salahkan peng-kebas tu jugak sebab salah aku tertinggal dompet tu kat raga motor..memang padan la muka aku kan.hehehe.so petang ni ingat nak setelkan semua sebelum duit biasiswa masuk kaaann.. agak panik la first time...bla bla bla..rasa gabra..



takpe la nanti aku buat satu entri pasal lost wallet or purse.eheheh


::CHOWW::



Liverpool VS Tottenham #YNWA




Assalamualaikun n salam petang


Pagi nanti.,lebih kurang pukul 12.00 a.m (11/3/2013) one of the big game for my favorite english club,Liverpool.The clash between Liverpool and Tottenham.


Muka BR seriouss memanjang je.

if Liverpool menang malam ni,peluang untuk naik top 4 musim ni makin cerah la..heheh.and one more wish,semoga Suarez succeeds dalam mengekalkan top scorer untuk musim ni.skor lebih sikit malam ni.


sesapa nak tengok bole usha sini.tnggu malam sikit baru keluar link live streaming untuk game malam ni.


p/s : #YNWA 


::CHOWW::



Saturday, March 9, 2013

Judging



Assalamualaikum n selamat pagi


People do judge a book by its cover.!



sudah lama kekanda tidak menulis di ruangan ini.terasa kosong~ kosong~ kosong..di kesempatan ini,....bla...bla...sarapan pun tak lagi...bla...bla...bla..tetiba terasa nak tulis entri...silakan lah baca...bla..bla..tak nak baca sudah...nasi lemak...ikan pari...sweet corn...sudah melalut


orite,straight to the point.mesti semua orang pernah dengar pepatah.don`t judge a book by it`s cover atau dalam bahasa ibundanya nak menilai tu jangan dok tengok luaran je.senang kata,orang dok tengok cover diri kita tu dulu dari benda lain.

TETAPI.!

hakikatnya,most of people akan menilai seseorang tu berdasarkan luaran..bak kata Bruce Willis, "first impression". kan.?kan.? tapi bagi aku luaran seseorang tu bole dipandang dalam beberapa aspek or angle(sudut)


1. Rupa Paras
Hahaaa..yang ni la majoriti orang akan menilai kalau pertama kali melihat.tak salah kalau pandang dari perspektif ni just jangan overjudge je la.selalunya,mostly la la la ,,rupa paras tak menggambarkan perwatakan seseorang tu.





2. Cara Pemakaian ( Self Grooming )
ni bagi aku benda yang agak penting untuk dititikberatkan oleh sesapa pun.kalau first time orang nampak kita ngan pakaian selekeh + rambut kusut + badan berbau,,da tentu tentu orang ingat kita ni pengotor or mandi kerbau or pemalas..haaa.,nampak tak disitu permainan dia.




3. Perangai dan Sikap
part ni yang ramai tak terfikir pe kaitan sikap kita ngan cover diri kita kan.??point nya ialah someone tu kena tunjukkan perangai yang bebaik or angelic bagi orang nampak no matter kalau kita ni tak hensem ke tak comel ke.once orang da nampak our true self or true cover then only orang lain akan ada first good impression pasal kita.dapat tak.hehe




so,tak semestinya kalo muka cantik je orang akan suka,perangai yg molek-molek sokmo tu kena tunjuk la sikit supaya orang tak missjudge kita.tak gitu.so,..so...so.



::ADIOS::


Comeback.!!


Assalamualaikum n selamat pagi



I AM MAKING A COMEBACK!!!




p/s: akan mula menulis untuk blog ni.

::WASSALAM::